Wednesday, December 23, 2009

23.12.2009 [Bertam -> Pmtg Bendahari -> Bertam]


Tarikh : 23/12/2009

Masa : 8.00 Malam
Destinasi : Permatang Bendahari

Pada malam ini, lebih kurang seramai 14 orang ahli IPDSPUCC telah melakukan kayuhan menuju ke Permatang Bendahari. Perjalanan kali ini merangkumi jarak sejauh 40kilometer dan mengambil masa kira-kira selama 1jam 45minit perjalanan pergi dan balik. Aktiviti kali ini merupakan aktiviti yang pertama selepas ahli IPDSPUCC menyertai kayuhan untuk Karnival Kecergasan dan Sukan Rakyat Rakan Muda pada hari Ahad yang lepas.

Semua ahli IPDSPUCC telah berkumpul di perkarangan Balai Bomba Bertam pada jam 8.00 malam. Kira-kira jam 8.30 malam, perjalanan dimulakan menuju ke arah pekan Kepala Batas yang kebiasaannya sibuk dengan kenderaan. Kemudian, kayuhan ahli IPDSPUCC telah melalui kawasan Lahar Ikan Mati, Lahar Kepar, Penaga, Bakar Kapor, Pasir Gebu, Pulau Mertajam dan tiba di Jambatan Permatang Bendahari kira-kira 1jam selepas itu.
Selepas berehat selama 15minit di sana, ahli IPDSPUCC terus berkayuh pulang melalui jalan Bakar Kapor, Penaga, Permatang Rambai, Permatang Sintok dan terus melalui "jalan lama" ke Kepala Batas hinggalah sampai kembali ke kawasan Bertam.

Kemudiannya, ahli IPDSPUCC berhenti untuk berehat serta membasahkan tekak di Restoran NZH Seafood/Tomyam di Taman Bertam Indah. Selain berehat dan minum, peluang ini diambil untuk ahli IPSPUCC berbincang berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan datang.










No comments:

Post a Comment