Tuesday, December 8, 2009

8.12.2009 [Bertam -> Pinang Tunggal -> Bertam]

Tarikh : 8/12/2009
Masa : 8.00 Malam

Destinasi : Pinang Tunggal


Pada malam tadi seramai 10 orang ahli IPDSPUCC telah berkayuh di sekitar kawasan Pinang Tunggal. Semua ahli berkumpul di hadapan Petronas Bertam (KIOSK@BERTAM) pada jam 8.00 malam. Ini merupakan aktiviti pertama selepas semua peserta BERJAYA mengharungi perjalanan pergi dan balik ke Pantai Merdeka pada Ahad yang lalu. Kayuhan pada malam ini hanya merangkumi kira-kira 26km sahaja memandangkan ini kayuhan pertama sejak pulang dari Pantai Merdeka.

Malam ini, ahli IPDSPUCC berkayuh melalui kawasan perkampungan dan laluan di sepanjang tali air dan di tengah-tengah sawah padi. Laluan kali ini turut memerlukan kami untuk turun dan mengangkat basikal masing-masing bagi melintasi landasan kereta api melalui "jalan tikus" di salah satu kawasan perkampungan yang kami lalui.
Selain itu, cahaya LED dari basikal kami turut memecah kegelapan di kawasan sawah padi yang kami lalui. Ternyata bahawa perjalanan pada malam ini cukup menarik dan secara tidak langsung dapat menghilangkan penat lelah serta sebarang tekanan setelah seharian letih bekerja.

Setelah kira-kira 45minit berkayuh, kesemua ahli IPDSPUCC berkumpul untuk menghilangkan dahaga di Restoran Bertam Perdana. Selain minum-minum, kesempatan ini turut digunakan untuk membincangkan tentang aktiviti-aktiviti serta pentadbiran IPDSPUCC pada masa akan datang. Jelas di sini bahawa aktiviti seperti ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli IPDSPUCC serta menghapuskan perbezaan jurang pangkat dan kedudukan di kalangan setiap ahli. Ini menunjukkan bahawa aktiviti ini dapat menyatukan semua ahli IPDSPUCC selaras dengan konsep 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment