Tarikh : 7/1/10 Masa : 8.30 malam Destinasi : Penaga, Pmtg Sintok, Pmtg Tok Jaya, K.Batas
Malam ni seramai 12 orang ahli IPDSPUCC telah melakukan kayuhan melalui kawasan Lahar Kepar, Penaga, Permatang Sintok, Permatang Tok Jaya dan terus ke Kepala Batas. Semua ahli berkumpul di hadapan Balai Bomba Bertam pada jam 8.30 malam. Perjalanan sejauh lebih kurang 30km mengambil masa selama 1jam 15 mnit memandangkan keadaan cuaca hujan.
IPDSPU Cycling Club telah ditubuhkan pada 25.Mac.2009 selaras dengan sambutan Hari Polis yang ke-202. Penubuhan IPDSPUCC ini pada mulanya hanya melibatkan anggota dan pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara sahaja, namun kini ia telah dibuka kepada orang awam yang berminat sekaligus dapat mengeratkan serta merapatkan hubungan di antara pihak polis dan anggota masyarakat.
No comments:
Post a Comment