Friday, January 15, 2010

Laluan utk kayuhan 16/01/10

Sunday, January 10, 2010

KAYUH UNTUK KESIHATAN 2010

Dengan rasminya diumumkan bahawa pendaftaran bagi program Kayuh Untuk Kesihatan 2010 anjuran bersama UMNO bhg Kepala Batas dan IPDSPUCC telah DITUTUP pada petang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada bikers2 sekitar Kepala Batas.
Kepada yang tidak berpeluang untuk menyertai event sulung IPDSPUCC ini, jgn bersedih kerana pelbagai event lagi bakal dianjurkan oleh IPDSPUCC. Terima Kasih kepada sokongan yang diberi..

"Kayuh untuk kesihatan"

Hidup MTBikers!!!

Thursday, January 7, 2010


"KAYUH UNTUK KESIHATAN"
2010

Anjuran Bersama : UMNO Bhg. Kepala Batas & IPDSPUCC
Penaja Utama : Uda Holding Bhd


Tarikh: 16/01/10

Masa : 6.45 Pagi (7.00 pg Flag Off)
Tempat Berkumpul : Bangunan Uda Holding Bhd, Bertam
Destinasi : Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman


P/S:
Yuran Pendaftaran RM10 SEORANG (sumbangan amal kepada rumah kebajikan)
Makan (Breakfast + Lunch) & T-shirt (terhad)
Kayuhan kesihatan (25-28 km/j)
Utk maklumat lanjut sila hubungi:

SM YAAKOB - 0194118908

Kayuh Malam 7/1/10


Tarikh : 7/1/10
Masa : 8.30 malam
Destinasi : Penaga, Pmtg Sintok, Pmtg Tok Jaya, K.Batas

Malam ni seramai 12 orang ahli IPDSPUCC telah melakukan kayuhan melalui kawasan Lahar Kepar, Penaga, Permatang Sintok, Permatang Tok Jaya dan terus ke Kepala Batas. Semua ahli berkumpul di hadapan Balai Bomba Bertam pada jam 8.30 malam. Perjalanan sejauh lebih kurang 30km mengambil masa selama 1jam 15 mnit memandangkan keadaan cuaca hujan.


Berkumpul di Bomba Bertam

Menunggu ahli yang lain

Jam : 8.15 mlm

Time hujan ni.. :)

Currently @Penaga

Kayuh malam + hujan =)

Tn Faizal melakukan kayuhan

Keselamatan tetap dijaga.. =)

Gaya Tn Faizal yg mahai ni...hehe :)

Saturday, January 2, 2010

Kayuhan Tahun Baru [Bertam -> Merbok -> Bertam]

Tarikh : 1/1/2010
Masa : 7.00 Pg

Destinasi : Merbok, Kedah


Sempena tahun baru ini, 5 orang ahli IPDSPUCC iaitu Sjn Sabri, Tn Faizal, Bazli, Hisyam dan Fardy telah melakukan kayuhan ke Merbok, Kedah bermula dari IPD SPU, Bertam. Tidak ramai ahli dapat menyertai kayuhan ini kerana mempunyai komitmen masing-masing. Insyallah IPDSPUCC akan mengajurkan beberapa event selepas ini. :)



Lencongan Barat Sg Petani

Kayuh relax-rilex aje..

Dari kiri : Tn Faizal, Sjn Sabri, Bazli dan Hisyam..

Dr kiri : Fardy, Sjn Sabri, Bazli & Hisyam

Sjn Sabri & Bazli

Pagi yang indah di 1/Jan/10

Tn Faizal : Kayuh2 jugak,membaca budaya kita :)



Wednesday, December 23, 2009

23.12.2009 [Bertam -> Pmtg Bendahari -> Bertam]


Tarikh : 23/12/2009

Masa : 8.00 Malam
Destinasi : Permatang Bendahari

Pada malam ini, lebih kurang seramai 14 orang ahli IPDSPUCC telah melakukan kayuhan menuju ke Permatang Bendahari. Perjalanan kali ini merangkumi jarak sejauh 40kilometer dan mengambil masa kira-kira selama 1jam 45minit perjalanan pergi dan balik. Aktiviti kali ini merupakan aktiviti yang pertama selepas ahli IPDSPUCC menyertai kayuhan untuk Karnival Kecergasan dan Sukan Rakyat Rakan Muda pada hari Ahad yang lepas.

Semua ahli IPDSPUCC telah berkumpul di perkarangan Balai Bomba Bertam pada jam 8.00 malam. Kira-kira jam 8.30 malam, perjalanan dimulakan menuju ke arah pekan Kepala Batas yang kebiasaannya sibuk dengan kenderaan. Kemudian, kayuhan ahli IPDSPUCC telah melalui kawasan Lahar Ikan Mati, Lahar Kepar, Penaga, Bakar Kapor, Pasir Gebu, Pulau Mertajam dan tiba di Jambatan Permatang Bendahari kira-kira 1jam selepas itu.
Selepas berehat selama 15minit di sana, ahli IPDSPUCC terus berkayuh pulang melalui jalan Bakar Kapor, Penaga, Permatang Rambai, Permatang Sintok dan terus melalui "jalan lama" ke Kepala Batas hinggalah sampai kembali ke kawasan Bertam.

Kemudiannya, ahli IPDSPUCC berhenti untuk berehat serta membasahkan tekak di Restoran NZH Seafood/Tomyam di Taman Bertam Indah. Selain berehat dan minum, peluang ini diambil untuk ahli IPSPUCC berbincang berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan datang.