Sunday, December 6, 2009

KEMBARA 1 : PANTAI MERDEKA

Tarikh : 6/12/2009
Masa : 6.45 Pagi
Destinasi : Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman

Pada 6/12/2009 IPD SPU Cycling Club (IPDSPUCC) telah menganjurkan satu kembara berbasikal ke Pantai Merdeka, Kedah. Kembara ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 30 orang peserta. Semua peserta yang mengambil bahagian telah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) pada jam 6.45 pagi.
























Peserta bergambar sebelum acara bermula



Kembara bermula tepat jam 7.15 pagi dan terus menuju ke Pantai Merdeka melalui pekan Penaga, Pmtg Bendahari, Kota Kuala Muda. Perjalanan sejauh 24.7 km telah mengambil masa selama 1jam 15minit untuk tiba ke destinasi.

Setelah tiba pada jam 8.30pagi, semua peserta kembara menikmati sarapan pagi di Chalet Pantai Merdeka dan dapat berehat serta bertukar-tukar pandangan. Setelah kira-kira 1jam di sana, semua peserta bertolak pulang dan berkumpul di KIOSK@Bertam. Kesemua peserta telah berjaya menamatkan kayuhan masing-masing.

Selepas itu, peserta berkumpul untuk menikmati makan tengahari dan seterusnya bersurai. Kembara seperti ini jelas dapat merapatkan silaturrahim sesama peserta kembara serta dapat menyihatkan tubuh badan.


Galeri gambar :


3 comments:

  1. penyertaan dari kaum hawa takder ker... kami pun kuat gak..

    ReplyDelete
  2. Kelab baru dilancarkan.Belum buka lagi buat kaum hawa..

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas pelancaran kelab ini.Syabas atas daya usaha.Sayaberminat utk join kamu semua n bagaiman nak contect kelab ini.

    ReplyDelete